Followers

Monday, May 23, 2011

Sinar Hidayah


AsSalamualaikum...

Alhamdulillah masih bernafas di bumi ALLAH S.W.T ini. Segala-segalanya yang kita miliki adalah pinjaman dari ALLAH S.W.T  kepada kita agar kita dapat menyimbangi duniawi dan akhirawi. Namun kita manusia sering alpa dan leka dengan kenikmatan duniawi yang fana ini, namun demikian, ALLAH S.W.T tetap memberi SINAR HIDAYAH kepada mahkluk-mahkluk-NYA. 

SINAR HIDAYAH dari ALLAH S.W.T kepada kita manusia adakalanya disedari mahupun tidak sedari oleh kita, namun jika ada secalit iman di dalam diri kita, pasti dan insyaALLAH kita dapat merasai SINAR HIDAYAH tersebut. Beruntunglah kepada mereka jika dapat merasai kemanisan SINAR HIDAYAH dan seterusnya menjadi manusia ULUL ALBAB.




Thursday, January 27, 2011

Pemberitahuan...

Blog Suka Suki Arepeace Apek...
akan dikemaskini secara aktif...
SSAA masih dalam tahap pembelajaran...
jadi, doa-doala agar SSAA cepat khatam berblogging nie...:-)

Wednesday, November 17, 2010

DoaKU untuk Kau Ya ALLAH S.W.T

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Sunday, August 29, 2010

Komitmen

Huhuhuhuhu...
saya tidak dapat m`update blog nie atas sebab tertentu...
Insyallah akan diberitahu kelak....
harap maaf....

Saturday, June 26, 2010

alhamdullilah...
akhirnya tanggungjawab yang diberikan oleh Ibubapaku berjaya digalas dengan izin ALLAH S.W.T...walaupun cabaran dan dugaan silih berganti menemaniku...pelbagai pengalaman ku perolehi semasa menjaga perniagaan keluargaku...barulah aku tahu betapa perit getirnya Ibubapa kita mencari nafkah untuk anak-anak mereka...aku amat berterima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana menempatkan aku dalam keluarga ini...Thanks to ALLAH S.W.T
Kini...
aku akan memulakan halatuju kedua...dalam memastikan aku menjadi seorang manusia yang dapat menyumbang bakti kepada keluargaku,agamaku,bangsaku dan negaraku...semoga penetapan halatuju ini diredhai oleh ALLAH S.W.T...

Tuesday, June 15, 2010

Resposibilty

tanggal 14 jun 2010...satu tanggjwb telah diberikan kpd aku iaitu menjaga perjalanan kedai makan yang diusahakan oleh family aku...berikutan pemergian keluarga aku mengerjakan ibadah Umrah...aku memikul tanggjwb tersebut krn bagiku ini adalah salah satu cara yang ku anggap paling kecil untuk membalas jasa dan pengorbanan keluargaku yang selama ini bertungkus-lumus utk memastikan aku menjadi seorang manusia...akan aku pikul tugas ini dengan jayanya...

tanggal 15 jun 2010...keputusan peperiksaan sem akhir dalam kehidupan aku dalam bergelar mahasiswa sarjana muda telah dikeluarkan...keputusan ini amat penting bagiku kerana ianya mentukan sama ada aku berjaya menamatkan tempoh pembelajaran aku dalam had masa yang ditetapkan atau terpaksa menambahkan satu sem lg utk membaiki keputusan aku...Alhamdulilah...Maha Suci ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...terasa diriku ini amat kerdil dan berdosa kerana kejayaan tetap diberikan oleh-NYA walaupun aku kadangkala lupa pada-NYA...

Ya ALLAH...
berikanlah sinar hidayah kepada ku sepanjang hayatku supaya aku tidak alpa keatas kurniaan-MU...

Tuesday, June 8, 2010

hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan....ibarat sebuah roda...sekejap di atas sekejap di bwh...
sama ada kita dapat mengatasi dan menangani akan membuahkan hasil yang kita sendiri tidak sendiri...hijrah sememangnya menjadi intipati dalam kehidupan kita...berubah dari baik menjadi lebih baik...dari sederhana menjadi berjaya...semua itu memerlukan pengorbanan yang tinggi...adakah kita bersedia berkorban untuk sesuatu yang belum pasti...