Followers

Tuesday, June 15, 2010

Resposibilty

tanggal 14 jun 2010...satu tanggjwb telah diberikan kpd aku iaitu menjaga perjalanan kedai makan yang diusahakan oleh family aku...berikutan pemergian keluarga aku mengerjakan ibadah Umrah...aku memikul tanggjwb tersebut krn bagiku ini adalah salah satu cara yang ku anggap paling kecil untuk membalas jasa dan pengorbanan keluargaku yang selama ini bertungkus-lumus utk memastikan aku menjadi seorang manusia...akan aku pikul tugas ini dengan jayanya...

tanggal 15 jun 2010...keputusan peperiksaan sem akhir dalam kehidupan aku dalam bergelar mahasiswa sarjana muda telah dikeluarkan...keputusan ini amat penting bagiku kerana ianya mentukan sama ada aku berjaya menamatkan tempoh pembelajaran aku dalam had masa yang ditetapkan atau terpaksa menambahkan satu sem lg utk membaiki keputusan aku...Alhamdulilah...Maha Suci ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...terasa diriku ini amat kerdil dan berdosa kerana kejayaan tetap diberikan oleh-NYA walaupun aku kadangkala lupa pada-NYA...

Ya ALLAH...
berikanlah sinar hidayah kepada ku sepanjang hayatku supaya aku tidak alpa keatas kurniaan-MU...

2 comments:

  1. alamak salah eja plak...responsibility la apek oiii....hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Love it... love it... tulis byk2 lg tau pek... love yahhhh

    ReplyDelete